Kursus KOSISWA UTHM-Angkasa 1 @ Danga Bay, Johor




Pada 3 Mei 2014, KOSISWA UTHM Berhad dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) menganjurkan Kursus Memperkasakan Gerakan Koperasi Universiti dan Kursus Komitmen Anggota dalam Mesyuarat Agung bertempat di M Suites Hotel, Danga Bay, Johor Bahru, Johor.

Seramai 35 orang ahli KOSISWA UTHM telah terlibat dalam kursus ini. Penceramah jemputan adalah En.Abu Bakar yang didatangkan khas daripada ANGKASA.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi gerakan koperasi siswa di UTHM di samping mempelajari selok belok pengurusan koperasi yang baik.

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membuat perancangan masa depan koperasi siswa di UTHM.

Kursus berakhir pada jam 5.00 petang. KOSISWA UTHM mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Abu Bakar atas kesudian berkongsi ilmu bersama ahli KOSISWA UTHM.

Berikut adalah gambar sekitar program di Danga Bay, Johor Bahru, Johor.










0 comments: