Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa 2014 @ PWTC, KL


Saudara Wan Muhammad Idham (ALK KOSISWA UTHM) bergambar bersama Tuan Haji Nik Anuay bin Abdullah, Pengerusi Koperasi Sekolah Sukan Kuala Lumpur, Titiwangsa.

Pada 30 Mei 2014, Saudara Wan Muhammad Idham bin Wan Mahdi, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah mewakili KOSISWA UTHM ke Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Persidangan Angkasa ini diadakan setiap tahun adalah bagi memberikan ruang buat semua ahli koperasi di Malaysia naungan Angkasa untuk memberikan idea dalam pembangunan pergerakan koperasi dan juga menunaikan tanggungjawab untuk memilih Majlis Tertinggi Angkasa untuk terus memimpin gerakan ini.

Berikut adalah gambar sekitar persidangan ini dijalankan :-












1 comments:

Kursus KOSISWA UTHM-Angkasa 1 @ Danga Bay, Johor




Pada 3 Mei 2014, KOSISWA UTHM Berhad dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) menganjurkan Kursus Memperkasakan Gerakan Koperasi Universiti dan Kursus Komitmen Anggota dalam Mesyuarat Agung bertempat di M Suites Hotel, Danga Bay, Johor Bahru, Johor.

Seramai 35 orang ahli KOSISWA UTHM telah terlibat dalam kursus ini. Penceramah jemputan adalah En.Abu Bakar yang didatangkan khas daripada ANGKASA.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi gerakan koperasi siswa di UTHM di samping mempelajari selok belok pengurusan koperasi yang baik.

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membuat perancangan masa depan koperasi siswa di UTHM.

Kursus berakhir pada jam 5.00 petang. KOSISWA UTHM mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Abu Bakar atas kesudian berkongsi ilmu bersama ahli KOSISWA UTHM.

Berikut adalah gambar sekitar program di Danga Bay, Johor Bahru, Johor.










0 comments:

Festival Keusahawanan UTHM 2014


Kami teruja untuk memulakan edisi sulung Festival Keusahawanan UTHM 2014 pada 23-27 September 2014. Sudah semestinya, pelbagai aktiviti menarik berkaitan keusahawanan di atur khas untuk anda sertai.

Read More »

0 comments:

Selamat Datang ke Laman Blog KOSISWA UTHM


Admin blog KOSISWA UTHM mengucapkan selamat datang ke blog rasmi milik Koperasi Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad.

Blog ini diwujudkan dengan tujuan memberikan maklumat secara tepat mengenai kegiatan dan juga rancangan Kosiswa UTHM Berhad dalam perniagaan, seterusnya membawa kepada kewujudan kumpulan mahasiswa yang boleh menjadi usahawan sejak daripada bangku mahaiswa lagi.

Akhir kata, terima kasih kerana mengikuti laman blog KOSISWA dan semoga kita bersama terus berjaya dalam bidang keusahawanan.

0 comments: